Saturday, March 21, 2009

My Lord..

In the name of Allah
The compassionate, the most merciful
Praise be to the lord of the Universe
Who has created us
And made us into tribes and nations
That we may know each other
NOT that we may despise each other

O Lord, Guide us to the true path
The path of those whom thou have favored
Not of those who have incurred your wrath
Nor of those who have gone astray

O Lord, we beg help from you alone
Seek forgiveness from You alone
Turn towards you
And praise to you for all the good things
We are grateful to you, O lord

With all the praiseworthy attributes to thou O Allah,
We pray for your blessing for everything we done,
O lord, the giver of sustenance and strength
Grant this life with a smooth and fruitful discussion
Enable us to have a successful deliberation in the spirit of JIHAD,
we pray for your guidance,
O Allah, the most Gracious, the sustainer and the provider.
Amin…amin….amin ya rabal ’alamin

Computed Tomography in PPUKM..

In the name of Allah..The Most Gracious , The Most Merciful..Salam..selamat sejahtera..today,i just wanna share sumthin bout my clinical experiences in PPUKM..i’ve been posted in CT-scan room in Diagnostic department at the groundfloor(CT scan macine 64 slices model: SIEMENS)..each an every morning I will pray for Allah so that today will be better than yesterday..i start my day with SMILE(rindu kat our beloved prophet Muhammad s.a.w yang murah ngan semyuman..)..sebenarnya ni adalah salah satu tips yang sy dapat dari ketua radiographer di Pantai Medical center..die cakap, kita bila deal ngan orang ramai especially orang yang sakit..kte tak bole bawak mood yang kat rumah tu ke tempat kerja..kesian kat patient tu..tak pasal2 bila muka kita masam, dah la die sakit..agaknya bertambah sakit plak jadinya..hopefuly tak la..

then, my sister in law punya tips plak..she said..ur performance in front of patient is very important..lab coat putih tu kalau bole…jangan la ada tompok2 kesan blood or dirt..kuku kna potong…tak mau la panjang2..patient pon takut nak dekat..patient memang tak capkap apa2..tapi , memang balik rumah nnt, akan jadi satu topic hangat dalam mesyuarat keluarga..discuss n compare about the hospitality performance…lambat ke cepat ke, professional ke….dirty ke..erm..frankly speaking, bila deal dalam bidang kesihatan nie..u r the front liner yang akan berjumpa dengan pesakit…the cleanliners is very important coz bacteria or fungus can transfer very fast by touching n direct contact..right?? dalam Islam jugak sangat mementingkan kebersihan..

Sebelum solat, kita diwajibkan mengambil wudhu’(hakikat wudhu’ adalah sunat, tapi “sesuatu perkara yang menjadikan sesuatu perkara menjadi wajib adalah wajib”..maksudnya: solat itu wajib..so, automatically wudhu’ itu adalah wajib..)..atau kalau tak de air..tayamum pun bole..guna debu yang bersih..solat fardhu 5 kali sehari semalam..dan Maha Pencipta kita telah menetapkan untuk kita bersuci dan mengambil wudhu’…see…Islam really take care about cleanliners..kita kan ada blaja tentang 7 steps of hand washing..dalam wudhu’ pun kna basuh tangan, dari hujung jari sampai siku..

Ok continue with the story: (atas tu baru intro..hehe)
For ur information..CT Scan(Computed Tomography scan=pengimejan) adalah mesin yang direka khas untuk mengambil imej dalam bentuk potongan..macam pizza…so that, kalau dulu dengan menggunakan x-ray biasa..doktor hanya dapat bagi diagnosis penyakit hanya melihat imej 2-D tapi….dengan CT-scan..kita dapat mengubah imej tu dalam bentuk 3-D dan boleh moving lagi..tapi memang mesin2 x-ray ni ada kesan radiasi..tapi kami berpegang kepada “YOUR BENEFIT IS MORE THAN RISK”..betapa penting nya kalau kita dapat mengetahui sesuatu penyakit tu jika masih di peringkat awal, berbanding kalau dah stage 3 or 4..at least..0 stage or 1..probability for cure rate is 90% to 99%..for info: based on BERT (Background Equivalent Radiation Time) di mana kita bandingkan dos radiasi yang kita dapat berbanding radiasi di persekitaran..erm.jangan tak tau.. dipersekitaran kita pun ada radiasi tau…sinar UV, telefon bimbit, televisyen…dan lain2..so..

Kalau simple x-ray dada, sama dengan 2 hari radiasi persekitaran..x-ray kepala sama dengan 4 hari radiasi persekitran..lain mesin, lain kadar radiasi nya..dan untuk mesin ct scan nie..bagi kes imej kepala: 6 bulan radiasi persekitaran…wow!! Banyaknye..) erm..memang..tapi benefit die lagi banyak dari keburukan radiasi nie..radiasi memang kalau dah masuk dlam badan tak bole keluar dah melainkan radiasi yang mempunyai tenaga yang besar..contohnya untuk kes rawatan Radioterapi..rawatan untuk membunuh sel kanser..(ni, kite cite lain kali plak ye..) kalau bole..sebab tu kita kna sama2 berdoa semoga kita diberi nikmat kesihatan yang cukup2 berharga..dan perlu mensyukurinya jika masih ada nikmat itu..tapi jika kita telah diberi dugaan olehNya untuk menjalankan kajian diagnosis imejan ini..jangan risau..radiasi yang dikatakan boleh menggalakn pertumbuhan sel kanser dalam badan boleh diatasi dengan memperbanyakkan pengambilan makanan ber anti-oksidan..apa itu anti-oksidan??


Senang je nak cari…kebanyakan yang banyak anti-oksidan ada dalam makanan yang mempunyai warna yang pekat..macam buah naga(dragonfruit)..buah-buahan..sayur-sayuran…dan juga ulam-ulaman…kurangkan makanan yang diproses…dan makanan yang berkarbon(ada unsur karsinogenik..yang boleh menggalakkan tumbesaran sel kanser)…ala..yang ada hangit2 tu..macam satay, char keuw teow yang api masuk kuali tu……slrruppp..sedapnya..my favorite..sebab tu kna makan timun lepas makan satay.. dan banyak makan buah2…erm..sama2 lah kita mengamalkan pemakanan yang sehat....disamping itu..kna buang tabiat merokok sebab unsur2 yang disebutkan pun ada didalamnya..eeee

Ok la..penat menaip..nak sambung wat tesis laks!

Pasni saya cite kan pasal mesin2 lain pulak..ada byak..ada mesin pengimejan yang tidak menggunakn radiasi…tapi ape ye..erm..selain mesin, banyak kisah2 menarik tentang pesakit2 yang sy jumpa..macam2 kes ada…insyaAllah..nantikan kemunculannya….salam intifada dari sya…(“,)

Friday, March 13, 2009

SPM?? In English??ok??

Keputusan SPM baru je keluar semalam..Alhamdulillah (Thank you Allah..)and congratulation to all excellers..NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ..manakala pasangan kembar, Rohamina dan Rohaisha Jamil memperoleh 11 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... Selalu baca al-Quran selain selalu solat hajat resipi kejayaan dua beradik.. Katanya, dia dan adiknya yang duduk bersebelahan dalam kelas sering berbincang dan mengulangkaji pelajaran di rumah, selain mengikuti tuisyen yang dianjurkan sekolah. Kata mereka..

"Selain solat hajat memohon kepada Allah bagi memudahkan mengikuti pelajaran dan mendapat kejayaan cemerlang, kami memfokuskan tumpuan di dalam kelas bagi memastikan setiap mata pelajaran yang diajar guru difahami.

Tahniah sekali lagi..Untuk adik2 yang kurang berjaya..Wutever it is..This is not the End of ur LIFE...NAk Seribu Daya~..still got lot of alternative untuk kita berjaya..salah satu nya, 9/10 daripada rezeki di dunia ini datangnya dari perniagaan(BUSSINESS..hehe)..so, try to achieve it ..All the best Yie!!...Selamat datang ke Universiti..(",)


p/s: NAk kaitkan ngan statistik gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat 24.05 peratus berbanding 5,060 pada 2007..bagus!! tapi hopefully bkn disebabkan grade lulus yang direndahkan..demi kemasylahatan generasi ruhul jadid di masa hadapan~

Thursday, March 12, 2009

BULi??! pernahkah anda terlibat??Apa penyelesaiannya??

Sejak kebelakngan ini kecoh di dada-dada akhbar membincangkan isu gangsterisme dan buli..teringat masa saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar ulu yam...erm..dah nama senior-junior~ mana sekepala~ lagi2 wujudnya isltilah pioneer sewaktu awal pembukaannya....eee kenangan silam..allayarham cikgu thani...dan anak-anak muridnya..itu kisah sekolah saya..tapi..

Insiden membabitkan sekumpulan pelajar di Dalat, Sarawak membelasah seorang pelajar junior benar-benar menaikkan darah sesiapa sahaja yang menonton klip video kejadian yang tersebar dalam YouTube i...Susulan itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mengesyorkan agar konsep senior-junior yang menjadi budaya di asrama perlu dihapuskan. Persoalannya, apa alternatif penyelesaiannya??

Saya petik dari utusan online..apa kata pembentukan sahsiah pelajar dan kawalan disiplin dipupuk melalui program usrah yang menekankan kepada kesedaran dan kefahaman agama. Dalam hal ini, usrah boleh dijadikan sebagai satu pendekatan holistik untuk menangani masalah disiplin pelajar terutama kes buli.


Ketika belajar di SHAMS dahulu, penulis tidak mengenal istilah senior atau junior sebaliknya didedahkan tentang usrah yang membawa maksud keluarga.

Ini bermakna semua pelajar baru dianggap satu keluarga. Ketua usrah (naqib) bertindak memainkan peranan sebagai pengganti ibu bapa. Naqib adalah istilah yang diambil daripada sirah Rasulullah SAW yang melantik para nuqaba dari kalangan para sahabat bagi mengembangkan Islam di luar kota Mekah al-Mukaramah pada peringkat awal fasa dakwah.

Menariknya ketika di SHAMS, aktiviti usrah sebenarnya timbul daripada inisiatif pelajar sendiri iaitu mewujudkan halaqah atau perbincangan kumpulan yang menumpukan kepada asas-asas kefahaman agama.

Di asrama, nuqaba yang dipilih adalah di kalangan pelajar yang paling dihormati dan mempunyai sahsiah mulia.

Mereka berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar lain manakala ustaz-ustaz menjadi mas'ul atau penyelia bagi memastikan perjalanan usrah menetapi modul.

Pengisiannya ke arah membentuk sahabat pelajar (ikhwan) yang dibentuk melalui ikatan persaudaraan yang tinggi.

Usrah biasanya diadakan pada malam hujung minggu. Ia mengandungi pengisian seperti tadabbur al-Quran dan Hadis, sirah Rasulullah SAW, kajian buku, pembacaan wirid al-Ma'thurat dan penyelesaian masalah.


Ia berasaskan kepada tiga rukun utama iaitu ta'aruf iaitu pelajar berkenalan termasuk mengenai latar belakang keluarga dengan membentuk perasaan kasih sayang dan menghayati hakikat persaudaraan (ukhuwah).

Keduanya, tafahum, iaitu membentuk persefahaman dengan mengutamakan amalan nasihat menasihat di atas kebenaran dan kesabaran.

Ketiganya, takaful (perseimbangan) iaitu anggota usrah dan ikhwan dipupuk agar sentiasa membantu memikul beban sahabatnya dan ia menjadi tunjang kepada persahabatan. (Rujuk risalah Usrah dan Dakwah oleh al-Imam Hassan Al-Banna)

Berasaskan tiga perkara itu, nilai-nilai yang dibentuk dalam usrah diterjemahkan dalam kehidupan di asrama.

Peranan yang dimainkan oleh nuqaba banyak membantu warden menguruskan pelbagai aktiviti di asrama selain memastikan peraturan asrama dipatuhi.


Pada pandangan peribadi saya, yang pernah berpengalaman dalam menyertai usrah ini..banyak kebaikan yang saya dapati selain daripada ingat mengingati antara satu sama lain, amar makruf nahi mungkar..kita dapat berkongsi banyak perkara terutamanya berkaitan ilmu fardu ain yang selalunya dapat stakat darjah 6 sekolah agama..


di peringkat kampus IPTA..alhamdulillah..usrah ini mampu diteruskan..semoga rantai perjuangan Rasulullah SAW dapat diteruskan selagi hayat dikandung badan..amin..


JOM JOIn USRAH!!

Tuesday, March 10, 2009

UNTUK KITA SEMUA..

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi
tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan
resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang
bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan
bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk
oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh
Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan
ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan
akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan
bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah
kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan
menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan
lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal
Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki
akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah
diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah
Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali
karamallahuwajhah

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


(Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz -Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW


Ø Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim


Ø Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)


Ø Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Ø Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Ø Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf

Ø Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ø Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ø Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Ø Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ø Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

Ø Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..

USIA 8 TAHUN
Ø Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Ø Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Ø Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Ø Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Ø Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Ø Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Ø Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Ø Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Ø Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu..

Ø Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Ø Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.

Ø Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

Ø Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Ø Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Ø Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Ø Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Ø Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Ø Khadijah Binti Khuwailid

Ø Saudah Binti Zam ' ah

Ø Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

Ø Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)

Ø Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

Ø Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

Ø Zainab Binti Jahsy

Ø Maimunah Binti Harith

Ø Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

Ø Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Ø Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Tuesday, March 3, 2009

Online Message from Ym~

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1: Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3: Kesihatan yang baik
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5: Tidur yang nenyak tanpa ganguan..herm... senang je untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

Kata nabi saw: “Siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat Zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah walaupun satu ayat...

Sunday, March 1, 2009

PEACE under Him...



Salam..

Just wanna share at least sumthing which i got from my beloved blue book(bought last week..ahaks!) written by the glamourous and passion motivator: Dato' Fadzilah kamsah and well known ex- student leader; Ahmad fazli yusof..

This book entittle "Power of migrate, Power to change" or in the exact word.."Kuasa Hijrah, Kuasa untuk berubah"..the writer is so creative and able to implant the knowledges and steps within the book directly and indirectly to the reader...to understand more and applied the things that u get on the same time...without hesitation...they can bring and lead the reader to follow the rules of " knowledge is nothing if u dun work on it.."

i learn alot about how to plan my future in a better way of thinking, and sharing stories with all the top2 leaders(CEO's) in Malaysia..which all of this information will really help me lot in my future especially when i'm start dealing with people and hectic lifestile..huhu~that's sounds great!

ATTITUDE+SKILLS+KNOWLEDGE must bring up to higher limit so that it will be fully utilise and become the recipe to SUCCESS..believe me..in wuteva u do, u must apply this..but before that, u must imagine your life path first..eg: if u lazy...u'll become wut? excellent?? of course it will be vice versa..herm...so, planed your future dream and strive to make it come true..just believe in urself that u can make it! start with niat..proceed with tindakan...like prayer..erm..but before u pray, wut must u do?? wudhu' rite??erm..that's it.you get ady point..and all the tindakan must go through with FOCUS or Khusyuk..and must CONSISTENT or..?? istiqamah..very GOood...



BUT, wut if ............



U start to fail and FAIL....heeee......just give a BIGGG SMILEEE & thank for Allah for giving u chance to get a free motivation course practically..not theoritically only like u paid at the seminar or motivation course... quickly change/twist ur mind in a POSITIVE way..and said..maybe this is my kifarah dosa(menghapus dosa silam).. see....u'll be surprise that the failure is the starting point for you to achive into higher level..thats y we must pray for ujian n dugaan, so that...when we r given with the hardship, actually our level will be higher besides Him..and think contradictly...


wut happen to ourselve....if we always been given merrier and kaya raya ever after without any obstacles...

erm..wut do you think??
for me..i think..i will forget who i am..haha..Alhamdulillah...as in Al-Mulk:2..."Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya, Dia Maha Pangampun..Maha Perkasa..."..


So..hopefully we can applied all the above steps to achieve our GOAL.

Together We succeed!!!

see you later..(",)

....Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..
Al-Baqarah:286(",) must proud to be tested.
Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch