Friday, October 30, 2009

mak,nak kahwin,tapi...



"Yang Berbahagia, Timbalan Pengetua Kolej Tun Dr.ismail, Yang dihormati co-founder iluvislam.com, para panel forum dan yang dikasihi,bakal-bakal isteri dan suami soleh dan solehah sekalian..." huhu..aku terfikir sejenak..lucu jugak ye ayat pendahuluan si pengerusi majlis berbaju kemeja biru yg segak bergaya ni..di usia ku mencecah umur 20an ni mungkin Dia dah gerakkan hati untuk mencari apakah sebenarnya yang di namakan cinta..herm,,,

"Mak, saya nak kawin, tapi..." begitulah tema program yang cukup mencuit hati kecilku..di kendalikan dggn cukup kemas oleh moderator Dr.hazim yang mendapat title moderator "comel" shingga Ustaz Anuar ridhwan selaku panel pertama sedikit cmburu..

tapi apa ya?? pernah tak kta fikir persoalan ini..bak kata saudara hadi selaku penonton di auditorium, sy nak kawin..tapi takde calon!! erm..payah ni,,yg lain..mak saya nak kawin..tapi duit tak cukup lagi..anda pula camne??terfikir tak sblm ni..?
erm..

Persoalan pertama yg ditanya adalah apakah yang dimaksudkan dgn cinta yg scr langsungnya sering dikaitkan dgn perkahwinan..

Jawapan Ustz anuar ringkas..cinta dan kasih-sayang adalah fitrah bagi manusia..nak katanya, kalau tak de perasaan cinta, macam tak pakai lipstik..tak cantik~dan cinta itu hadir dari Pencinta Yang agung kepada yang hambanya..maka, kta sebagai hambanya perlulah menyandarkan perasaan cinta itu berbalik kepada Allah swt dan diikuti rasul Nya..Rasulullah pernah bersabda, seseorang itu tidak beriman selagi dia tidak mencintai Allah dan diriku lebih dari mencintai dirinya sendiri..

tapi macamna nak menunjukkan cintaku pada Pencipta sbb kalau cinta pada manusia, kita bole bagi hadiah bunga..gula-gula....contohnya untuk ibu bapa, kita bole peluk dan cium mak dan abah..erm..ustz dgn sempoi nye menjawab, mudah saje..untuk memanifestasikan cinta pada Ilahi, kita kna la buat semua suruhannya dan contoi rasulnya..mudahkan..??

Kata-kata ustz yng masih berbaki di mindaku ini.. bg mengatasi masalah hati sesama shbt berlainan jantina ni..yang pertamanya..jgn buka peluang..tapi kalau dah terkecimpung di arena percintaan..maka kahwin la cepat2..tapi kalau tak mampu lagi..maka berpuasalah..bila puasa nak taip msg pun tak larat...ok la tu.

Untuk perkongsian seterusnya, kayu pengukur utk kita lihat samaada cinta berlainan jantina ini adalah kerana Allah atau kerana nafsu semata, bolehla kte muhasabah kembali..semenjak perkenalan, adakah kekerapan kita menjejakan kaki ke masjid atau usrah atau melakukan amalan sunat harian semakin berkurang atau semakin bertambah semenjak perkenalan...erm..sama2lah kita renungkan..(pesanan bg yg sudah berkecimpung..kalau belum, ustaz ckp ape?? jgn bg peluang..mlainkan dah cukup2 bersedia..)


Program yang cukup padat dan byk menjawab persoalan yg tk terjawab sbllum ni ku harap dapat diteruskan oleh pihak penganjur..tahniah kuucapkan kepada pihak PMUKM perubatan, saudara wan nuruddin dan organisasi..semoga kita lebih bersedia menmpuh dugaan cinta yg suci ini..

salam sayang,

madyt~
Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch