Sunday, April 17, 2011

Pesona Gadis Muslimah by Dara.com

Anak2 karangkraf...


Hadiah dan baucer yg saya terima...best sgt!! thanks to the sponsor...


Aura warna mengikut hari


Poster Bengkel Pesona Muslimah



Salam mahabbah semua..

last weekend..sy n my bff ana, telah menyertai Bengkel Pesona Muslimah yg dianjurkan oleh team Dara.com dan Anizon collection..


Knapa sy mengikuti bengkel kecantikan ni??

1)sbb bff saya blanja..hehe thankz azahana..muah2

2)sbb nak blaja ilmu kecantikan...x salah kan?? sbb...Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya. Biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam. Dipetik dari ILUVISLAM

3)tambahkan rakan sosial

4)mengisi masa lapang

Saya sgt tertarik dgn slot yang diisi oleh kak zie dari Terapidiri.com yang banyak memberi ilmu tentang kecantikan dalaman dan luaran..berdasarkan personaliti diri mengikut terapi warna...

Terbahagi kepada 4 warna:

1)putih
2)pink
3)hijau
4)biru


Putih: selalunya ulama,pemimpin negara dan orang yg ada di pusat serenti adalah dalam personaliti warna ini. Maksudnya, yang baik...terlalu baik..dan sebaliknya..

Pink:selalunya artis,atau yang sukakan kecantikan diri tergolong dalam warna ini.

Hijau: orang yang suka bercakap/komunikasi adalah kegemaran dan kelebihannya

Biru :orang yang pendiam dan suka menyimpan/memendam

Setiap individu dilahirkan berbeza dan dilahirkan ke dunia adalah untuk mengenal dan melengkapi antara satu sama lain dan mengagungkan kebesaran dan keunikan ciptaan Allah swt..Yang Maha Pencipta..


Jadi, bila kita mengenali seseorang,,,analisa diri individu itu dan kenali warna diri di Terapidiri.com dan perlu luangkan sedikit masa untuk bertaaruf(meluahkan kesukaan/kegemaran dan kebencian sesorang) agar hubungan antara individu itu lebih bahagia setelah saling memahami kehendak masing2...kata kak zie..

Kak zie juga berkongsi tentang personaliti anak kedua/2nd child sindrom..

Anak kedua ni..manja orangnya...sangat memerlukan belaian kasih-sayang..dia akan jadi samaada org yang terlalu baik atau yg terlalu bermasalah..dia seorang yg unik dan lain dari yang lain...mudah berimaginasi dan bahaya jika ada masalah dlm perhubungan. Cara untuk menegur anak kedua adalah dengan cara berlembut sahaja..Jadi jika ada adik /kakak/abang yg anak kedua ni ada masalah...senang sahaja....berikan perhatian dan kasih sayang yang lebih sikit padanya...insyaAllah baik..

Siapa anak ke dua angkat tangan!! huhu

Seterusnya,tips penjagaan kulit wajah...yang mengalami masalah resdung..dan juga pemilihan warna pakaian mengikut hari....seperti gambar pertama di atas...digalakkan untuk memakai pakaian mengikut warna hari...agar aura hari seiring..x reti nak terangkan...kalau nak tahu dgn lebih lanjut..bole jupe kak zie..=)

Bergaya bersama Anizon..

Bermake up bersama MAC

Bergaya muslimah dgn pakaian Calosa Busana Muslim

Terima Kasih Dara.com kerana menganjurkan bengkel kecantikan ini..dan terma kasih kepada Nor Azahana Abdullah juga...kerana sponsor..jasamu amat dihargai..

Kesimpulan: Beauty is in the eyes of the beholder...dan semuanya telah dilahirkan cantik dan sempurna..Alhamdulillah..











It's all about SHOES...=)


Salam sejahtera ke atas kamu semua..

Besar tak kasut merah tu??? penting ke pakai kasut?? kasut tu mahal x?? nak pilih kasut warna ape ye? tumit tinggi ke rendah? nak yang diperbuat dari bahan ape? untuk function ape? kalau jalan selesa x? nak kna ade riben ke?


Huhu..banyak jugak persoalan dalam pemilihan kasut nie ek? ade x org tanya, kna pakai kasut ke?? perlu ke pakai kasut??

Kasut ni letaknya di kaki...nampak je rendah..tapi, tanpa kasut...kaki bole berdarah...tumit pecah..kematu...eeuuh....bernanah...berkurap..silap2 kalau pesakit kencing manis..bole kna potong kaki kalau luka x pakai kasut...

Actually sy baru shj dlm minggu lepas mengunjungi Festival Kasut Antarabangsa,,,di PWTC..

Cadangannya nak beli kasut untuk formal function memandangkan stakat ni xde lagi yang seswai..


Bukannya x bole pi kedai kasut dan pilih mana yang berkenan..tapi..biasalah..time2 ni la ade macam2 diskaun yang ditawarkan..faktor harga memainkan peranan...x kisah la kena bersesak2 dgn org ramai..yang penting puas ati...


Kasut di atas ni adalah yang ditempah khas mengikut citarasa pemakai..rekaan Jimmy Choo..pereka kasut terkenal..harga pun..meletop! RM1000 ke atas....

Persoalannya nya???


Perlu ke??? tepuk dada tanya iman..dan kemampuan..tapi kalau mampu pun bg saya..lebih baik kte agih kepada yang memerlukan..tapi kalau terlebih mampu dan perlu...apa salahnya..yang pasti pemilihan kasut mestilah mengikut panduan yang telah disyariatkan oleh islam..

Ade syarat jugak ke??

ade..

1) Jgnlah pakai yang tumit yang berbunyi...atau ade loceng..yang bole menarik perhatian bukan muhrim..
2) Pakailah kasut yang tidak memudaratkan kesihatan badan..sbb, tumit tinggi mengikut kajian, bole merosakkan lutut...tapi elok untuk posture tulang belakang..kata Dr.Yong..huhu..(Orthopedic mak saya...)
3) Beli kasut bukan untuk bermegah-megah...atau nak menunjuk2....
4) Asalkan..selesa, seswai...x membazir...dan menang membeli, menang memakai...



Hadith:

DARI Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi.

Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain.

Walau sekecil manapun sesuatu itu, terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia





sekian sahaja perkongsian dari meja editor...jangan pakai kaki ayam tau~

Aku sebuah JAM,....



In The Name of Allah..The Most Gracious The Most Merciful...

Just sharing...suddently remmeber about my watch yang dah rosak..agak2 uzur di telan usia...bukan satu rupenya yang saya ade..gledah balik grobok almari..rupe2nye saya ade 4 jam!!

tapi sume nye saya x pakai..sebab...
1)tali die dah putus/rosak
2) xde battery
3) tali putus n xde bateri


Teringat cerita karangan masa skolah rendah..Aku sebuah jam...suke tulis pasal jam...yang dipamerkan..kemudian dibelek2...kemudian di pilih..dan dimiliki...tuanku sayang sangat padaku sebab aku cantik..walaupun x mahal sangat..tapi aku bole berbakti pada tuanku ketika dia memerlukan aku untuk menunjuk masa...

Tuanku seorang yang menepati waktu..dia akan awalkan jarumku 15minit lebih awal agar dia akan lebih mendahului masa....

Rupa2nya..tuanku seorang yang suka mengumpul jam..dan banyak mendapat hadiah jam..sepertiku..aku ada ramai kawan...aku sangat seronok..=)

Tapi, aku tetap menjadi jam kegemarannya..kerana taliku sangat seswai dengan kulitnya..taliku berwarna putih..mukaku bewarna kemas-emasan..

Tapi...usiaku semakin meningkat..aku semakin tua...mukaku sudah dimamah usia..penuh kesan calar di sana sini..tapi aku tetap bangga kerana aku dipakai walaupun sudah dimamah usia..kata orang lagi tua lagi berharga...hik2


Tiba-tiba..aku terdengar tuanku berkata..

"Saya macam nak beli jam baru la..jam yang saya pakai ni dah nak putus dah talinya..kalau pekena jam mahal sket macam SWATCH ke..TOUS ke..CHOPPARD ke..BONIA ke..CASIO ke..best jugak nie.."

Kecil hatiku pabila mengenangkan tuanku berkata begitu kerana ku tahu..aku hanyalah jam yang berjenama Q&Q yang dibeli di MAIDIN bernilai...urm...sekita RM30 sahaja..apalah dayaku..akupun semakin tua..tinggal nyawa2 ikan je..sikit lagi jantung bateriku nak habis usia..

Tapi..seusai itu..aku tersenyum kembali..pabila kawan kepada tuanku datang dan menegurnya...

"Alangkah baiknya kalau awak tukar sahaja tali kesemua jam2 awak tu..dan tukar bateri baru...kan ke lebih baik...x membazir...dan awak akan ade banyak.....jam yang baru...."

Aku tersenyum gembira...mengenangkan aku akan mendapat tali baru..(baju baruku..) dan nyawa yang baru...Aku berjanji akan terus berbakti kepada tuanku walaupun aku dimamah usia....kerana bagiku...perkhidmatanku dalam mengingatikan tuanku tentang masa masih diperlukan lagi..itulah sahaja amalan yang akan ku tinggalkan seusai aku mati nanti.....


Terima kasih MASA dan kawan kepada tuanku...kerana memberiku peluang untuk menabur bakti kepada manusia...=)

Al-’Asr 103: (1-3)

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula

berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Saya sayang sangat jam saya....terima kasih jam-jam kusayang.....=)

Kesimpulannya: Kalau ade keinginan untuk membeli barang yang baru...pastikan gledah grobok dulu, cari yg lama dan rebrandkan barang tersebut supaya ia nampak lebih baru. xde la membazir..n x di nafikan..sumtime membeli barang berjenama dan mahal membawa kepuasan kepada diri sendiri setelah penat lelah bekerja...once a while can..always-always cannot....kayh! xoxo

Madyt

Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch