Friday, October 30, 2009

mak,nak kahwin,tapi...



"Yang Berbahagia, Timbalan Pengetua Kolej Tun Dr.ismail, Yang dihormati co-founder iluvislam.com, para panel forum dan yang dikasihi,bakal-bakal isteri dan suami soleh dan solehah sekalian..." huhu..aku terfikir sejenak..lucu jugak ye ayat pendahuluan si pengerusi majlis berbaju kemeja biru yg segak bergaya ni..di usia ku mencecah umur 20an ni mungkin Dia dah gerakkan hati untuk mencari apakah sebenarnya yang di namakan cinta..herm,,,

"Mak, saya nak kawin, tapi..." begitulah tema program yang cukup mencuit hati kecilku..di kendalikan dggn cukup kemas oleh moderator Dr.hazim yang mendapat title moderator "comel" shingga Ustaz Anuar ridhwan selaku panel pertama sedikit cmburu..

tapi apa ya?? pernah tak kta fikir persoalan ini..bak kata saudara hadi selaku penonton di auditorium, sy nak kawin..tapi takde calon!! erm..payah ni,,yg lain..mak saya nak kawin..tapi duit tak cukup lagi..anda pula camne??terfikir tak sblm ni..?
erm..

Persoalan pertama yg ditanya adalah apakah yang dimaksudkan dgn cinta yg scr langsungnya sering dikaitkan dgn perkahwinan..

Jawapan Ustz anuar ringkas..cinta dan kasih-sayang adalah fitrah bagi manusia..nak katanya, kalau tak de perasaan cinta, macam tak pakai lipstik..tak cantik~dan cinta itu hadir dari Pencinta Yang agung kepada yang hambanya..maka, kta sebagai hambanya perlulah menyandarkan perasaan cinta itu berbalik kepada Allah swt dan diikuti rasul Nya..Rasulullah pernah bersabda, seseorang itu tidak beriman selagi dia tidak mencintai Allah dan diriku lebih dari mencintai dirinya sendiri..

tapi macamna nak menunjukkan cintaku pada Pencipta sbb kalau cinta pada manusia, kita bole bagi hadiah bunga..gula-gula....contohnya untuk ibu bapa, kita bole peluk dan cium mak dan abah..erm..ustz dgn sempoi nye menjawab, mudah saje..untuk memanifestasikan cinta pada Ilahi, kita kna la buat semua suruhannya dan contoi rasulnya..mudahkan..??

Kata-kata ustz yng masih berbaki di mindaku ini.. bg mengatasi masalah hati sesama shbt berlainan jantina ni..yang pertamanya..jgn buka peluang..tapi kalau dah terkecimpung di arena percintaan..maka kahwin la cepat2..tapi kalau tak mampu lagi..maka berpuasalah..bila puasa nak taip msg pun tak larat...ok la tu.

Untuk perkongsian seterusnya, kayu pengukur utk kita lihat samaada cinta berlainan jantina ini adalah kerana Allah atau kerana nafsu semata, bolehla kte muhasabah kembali..semenjak perkenalan, adakah kekerapan kita menjejakan kaki ke masjid atau usrah atau melakukan amalan sunat harian semakin berkurang atau semakin bertambah semenjak perkenalan...erm..sama2lah kita renungkan..(pesanan bg yg sudah berkecimpung..kalau belum, ustaz ckp ape?? jgn bg peluang..mlainkan dah cukup2 bersedia..)


Program yang cukup padat dan byk menjawab persoalan yg tk terjawab sbllum ni ku harap dapat diteruskan oleh pihak penganjur..tahniah kuucapkan kepada pihak PMUKM perubatan, saudara wan nuruddin dan organisasi..semoga kita lebih bersedia menmpuh dugaan cinta yg suci ini..

salam sayang,

madyt~

Sunday, August 23, 2009

mencermin diri seadanya

sharring from:su


Dalam hidup seharian, kita sangat sering dan merasakan nikmat ketika bercermin. Kita tidak pernah bosan sekali pun. Padahal, wajah yang kita tatap itu-itu juga. Aneh bukan? Bahkan, hampir pada setiap kesempatan, kita selalu menyempatkan diri untuk bercermin. Mengapa demikian? Kita ingin selalu berpenampilan baik, bahkan sempurna. Kita sangat tidak ingin terlihat mengecewakan. Apalagi kusut masai dan berantakan tidak karuan. Ini semua tidak dapat dinafikan. Penampilan adalah cermin peribadi kita.
Orang beriman yang rapi, tertib, dan bersih, maka pribadinya juga akan cenderung rapi, tertib, dan bersih. Sebaliknya, orang yang penampilannya berserabut, karakter pribadinya biasanya tidak jauh berbeda.

Tentu saja, penampilan rapi, tertib, dan bersih itu, insya Allah akan menjadi kebaikan, selama niat dan caranya benar. Apa saja niat yang benar itu? Niat agar orang lain tidak terganggu dan terkecewakan, niat agar orang lain tidak berprasangka buruk, atau juga niat agar orang lain senang dan nyaman dengan penampilan kita.
Selain itu, yang paling penting adalah, Allah suka dengan penampilan yang indah dan rapi sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Innallaha jamiilun yuhibbul jamaal, sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan".

Hindari niat untuk menjerumuskan orang lain. Mungkin awalnya mereka akan terpesona pada penampilan kita. Akan tetapi, hujung-hujungnya hati mereka malah tergelincir dan menimbulkan penyakit. Tentu saja, dalam hal ini kita menanam saham kerana menimbulkan dosa pada orang tersebut. Na'udzhubillah.

Hal lain yang sering membuat kita terlena adalah, kita jarang berfikir bahawa selama ini kita baru sibuk bercermin "topeng" belaka. Topeng make up berupa seragam, serban, tudung atau aksesori lainnya. Tanpa disedari, kita sudah ditipu dan diperbudak "topeng" buatan sendiri.
Terkadang, kita sangat ingin agar orang lain menganggap diri ini lebih dari kenyataan yang sebenarnya. Kita ingin tampak lebih pandai, lebih gagah, lebih cantik, lebih kaya, lebih soleh, lebih suci dan aneka kelebihan lainnya.

Pada akhirnya, selain harus bersusah payah agar "topeng" ini tetap melekat, kita pun akan dilanda tegang dan waswas. Mengapa? Kita sangat takut "topeng" kita akan terbuka dan orang lain tahu siapa kita sebenarnya.

Tentu saja, tindakan tersebut tidak sepenuhnya salah. Wajar saja kita menutupi aib diri sendiri. Adalah suatu kesalahan jika kita malah membuka aib diri yang selama ini telah ditutupi oleh Allah SWT.

Yang perlu selalu diingat, jangan sampai kita terlena dan tertipu oleh "topeng" sendiri. "Topeng" akan membuat kita tidak mengenal diri yang sebenarnya. Kita juga akan terkecoh oleh penampilan luar.Sebab itu, marilah kita jadikan saat bercermin adalah saat yang tidak hanya disibukkan oleh "topeng". Akan tetapi, yang terpenting adalah bagaimana isinya, yaitu diri kita sendiri.

Berdialoglah dengan diri, "Wahai tubuh, seperti apa gerangan isi hatimu? Apakah tubuhmu sebagus kata-katamu atau malah sekelam kotoran-kotoran yang melekat di tubuhmu? Apakah hatimu segagah ototmu atau selemah daun-daun yang mudah gugur? Apakah hatimu seindah penampilanmu atau malah sebusuk kotoran-kotaranmu?"

"Wahai tubuh apakah kau ini makhluk mulia atau menjijikkan? Berapa banyak aib nista yang engkau sembunyikan di balik penampilanmu ini?"

"Wahai tubuh, apakah engkau yang kelak akan penuh cahaya, bersinar, bersuka cita, bercengkerama di surga? Atau tubuh yang akan tercabik-cabik hancur mendidih di dalam lahar Jahanam, yang akan terus terasa tanpa ampun, memikul derita tiada akhir?"

Sungguh! Betapa banyak perbedaan antara yang tampak di cermin dengan apa yang tersembunyi. Betapa yang kulihat selama ini hanyalah "topeng", hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus "topeng-topeng" duniawi.

Wahai Sahabat-sahabat sekalian...! Sesungguhnya saat bercermin adalah saat yang tepat agar kita dapat mengenal dan menghitung diri.





Friday, August 21, 2009

Andai kau tahu..


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu. ...kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..

mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail

di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...

menerangi kegelapan hati kami

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA




frm:nana

dalam kesempatan waktu yg ade ini, ingin ku mohon seribu kemaafan,kepada semua jika diri ini ade silap dan salah, sengaja atau tidak..dalam kesibukan mengejar masa dunia, sama2lah kita berdoa agar ukhuwah antara kita kian erat, dikuatkan iman agar mampu meningkatkan amal di dunia utk kebaikan di akhirat kelak..jgn lupa psg niat, lambatkan sahur,percepatkan berbuka..ku doakan agar semua muslimin dipermudahkan segala urusan dan mampu menggeggam ijazah ramadhan.

Salam Ramadhan..


Thursday, June 25, 2009

JAWATAN KOSONG


sALAM SEJAHTERA..semenjak dua menjak sy dah mula start kerja nie..tringat sungguh di saat temuduga yang cukup mendebarkan di bilik temuduga, level 1 di Human Resource department..jantung berdegup kencang menunggu giliran..persediaan pula ala kadar jer..stakat bwk resume,sijil2 dan pen sbtg untuk isi borang..dan tingkatkan sdikit keyakinan..sebelum masuk, ada yang pesan tarik nafas dalam2 n hembus kuat2..cam org nak branak tu..pastu baca surah al-insyirah..untuk menenangkan hati...akhirnya masuk dengan penuh keyakinan..tapi pabila sy terlihat iklan jawatan kosong spt di bawah ni, siap dengan syarat2 kelayakan....tiba2 tertanya pada dr..adakah ak mampu mengharungi temuduga itu??


ak merenung sejenak..


SYARAT2 KELAYAKAN..


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam.


Semoga sama2 kita berjaya dalam temuduga ini.



Thursday, June 18, 2009

Muhasabah cinta~

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari Mu

Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku


Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch