Friday, December 31, 2010

Azam tahun baru..2011


Salam Tahun baru..2011..menyahut cabaran azam diri sendiri untuk berubah dari malas kepada rajin..ekeke//especially utk update blog..tujuan asal kewujudan blog ni pun atas dasar perkongsian dari meja penulis kepada pembaca blog yang mana yg bole dimanfaatkan bersama..bukan bermakna sebelum ni x nak berkongsi ,tapi akibat kekangan masa dan alasan2 yg tidak wajar dan patut diabaikan..huhu..

Muhasabah diri bagi tahun 2010:


a) kalau 2010..xde pun buat azam ke ape..cume ikut rentak dunia dan jalanin aja..tapi ade la jugak wat Key performance index(prancngan untuk pencapaian di tempat kerja la..tu pun sbb bos paksa..ahaks!)

b)2010..rasa diri tidak diisi dengan makanan rohani berbanding sewaktu di menara gading dulu..(sedeyh..)

c)status kewangan yg atas pagar...cukup makan..tiada anggaran blanjwn dan prancngn kewangan yg teratur sgt..tapi kira ok la sbb tiap bulan ade sket simpanan..huhu..

d)2010..rs cam byk je..sifat mazmumah dlm diri...yg perlu diperbaiki...

e)2010...rs diri berat sket..bbndg taun lalu..hik2..berat kalau sihat..alhamdulillah..=)

f)persediaan untuk mnjadi bakal isteri, ibu, dan menantu ..urm..rsnye blum cukup mantop!...perlu dimulakan..manalah taukan..lumrah hidup yg pasti ditempuhi oleh stiap insan yg bergelar wanita nie..hehe

g)kalau tgok balik post dlm blog leadersonboard 2010 nie..x tau nak ckp camne..cam syok sendiri pun ader..cam byk amik idea org lain pun ade..hurm..sokongan moral dan feedback untuk improvement mesti ade taun ni~

h) sepanjang 2010...sy rasa...amanah sy sbg seorg daei..atau contoh tauladan kurang memberangsangkan...masih blum cukup apa yg diberi..dan menerima..


Jadi............................apakah perubahan yg bakal berlaku dalam tahun 2011 ni?? agar menjadi lebih baik dari semalam...persoalannya macamna nak buat azam? perlu ke? tulis2 tapi nanti x buat2? angan2 mat jenin je plak nanti..ape ade pada nombor? knapa mesti 2011? aaarrghhhhhhh!!


Wahai hati....

Abaikan semua persoalan yg mengganggu niat murni utk berubah~ bila lagi nak berubah kalau bukan harini...tangguh2..tahun depan bila tanya lagi soalan sama.....jawapannya tetap sama...sy cbar diri saya untuk muhasabah kembali azam tahun 2011 pada tahun 2012 nanti....itupun kalau umur masih panjang...insyaAllah...selagi masih bernyawa ni...berbaktilah sbyk yg mungkin...untuk kebaikan di akhirat kelak yg kekal abadi selamanya...

Yang penting ..azam mestilah S.M.A.R.T(blajar masa baru masuk kerja di Prince Court Medical center..which is bulan 7 2009..course "Goal
Setting"..dah lama dah blajar rupanya..=)

Spesific(spesifik)....

Measurable(bole diukur)...

Achievable(mampu dicapai)....

Realistic(bukan fantasi)...

Timely(ada sasaran masa pencapaian)...yes! u can do it..sekarang..anda sebagai pembaca menjadi saksi...hehehe

Perkongsian azam tahun 2011 sy...(mungkin kita bole buat sama2 kayh..)

Arahan: sekarang..sila ambil pen dan kertas...kalau xde..jgn sambung baca..huhu(jujurlah pada diri kayh...buat sama2..

a)masalah a)pada 2010 telah tercapai sebab sy dah mula menaip dan anda telah mula memegang pen dan kertas..hik2

b) pengisian rohani:

-Membaca buku ilmiah(S), sekurang-kurangnya 1 buku(M), setiap bulan(T)
-Menghadiri kuliah agama(S), sekurang2nya 1 kali(M), dalam seminggu (T)
-solat jemaah(S), sekurang2nya 3 waktu(M), stiap hari..(T)insyaAllah..achievable x?? kita cuba ya...anda mungkin lebih mantop dari saya..
-membaca Al-Quran(S), sekurang2nya 1 muka (M), 1 hari(T)...ni belum masuk bab hafalan nih~huhu...berusaha!!
-baca Al-matsurat 2 x sehari(semoga dijauhi gangguan y tidak diingini)
-solat dhuha stiap hari 80% x tinggal..(smoga murah rexki..)
-tidur awal semoga dapat bangun qiam at least 50% tercapai

c) status kewangan yang lebih mantop!!

-update buku lejar at least 2x sebulan
-simpan at least RM1k sbulan...huhuhu..cbe mencari kerja tambahan...siapa ada kerja kosong bgtau sy kayh! (kumpul duet nak kawin ke ape?? hik2..niat murni..xpe..dan untuk disedekahkan kepada yg memerlukan...insyaAllah..semoga mendapat keberkatan..)

d) banyakkan sifat mahmudah dalam diri:

-0% melawan ckp mak abah
-doa 5 kali sehari agar dikurniakan sifat mahmudah dalam diri..insyaAllah..sama2lah kita berdoa....
-istighfar 100 kali sehari
-selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...at least 100x sehari..(bole buat time jalan tengah jem nih..huhu sambil dengar lagu Maher Zain dalam kete..)


e) turunkan berat badan ke berat badan ideal..makan nasi hanya 1x sehari..(bole turun ke??)
-senaman sekurang2nya 1 kali seminggu..(aerobik setiap jumaat..atau jogging stiap ahad??)

f)persediaan sbgi isteri,ibu dan menantu yg baik dan solehah~ouch!

-beli/baca buku kekeluargaan at least 1 buku/blog sebulan.
-blajar memasak at least seminggu 3x praktikal(cam x kerap je kan..xpela..ape yg termampu..pi klas memasak? atau buat kek? hurm....tetiba dpt idea plak...mcm menarik kan..)


g)update blog sekurang2nya 1x sbulan....cukup x....hehehe..feedback dan
sokongan anda amat diperlukan..

h) amanah sebagai daei...sangat berat....yang penting kita saling nasihat menasihati antara satu sama lain..mana yang elok kita sokong, mana yg x elok, kita tegur dgn berhikmah..insyaAllah..(mcm x SMART je nie...) any idea??
ok la..itu shj rasanya perkongsian Azam tahun baru sy...anda pula bagaimana?? ingin berkongsi pendapat? bole la comment..ianya sgt dialu2kan..yang penting kita sam2 jadikan azam kita kali ini sebagai amanah yg perlu dilunaskan...bukan untuk ekbaikan diri sendiri sahaja tapi juga untuk makhluk2 disekitar kita...(bila tengok balik azam saya kali ni....terasa seperti lebih menambahbaikan azam tahun lepas...xpe la..ape2 pun..sy harap azam kali ni separuh azam ini adalah untuk diri dan separuh lagi untuk masyarakat, keluarga dan umat islam secara amnya...

mudah2han..semuanya berjalan dengan lancar..amin...










Monday, July 19, 2010

michael jackson dlm kenangan..


Setelah sekian lama tidak kutitipkan nota, kali ini ilham itu datang kembali..kulihat keratan akhbar di halaman kulit diariku..akhbar berita harian..terpapar kata-kata dari seorang abang kepada bintang kulit hitam yang cukup terkenal..MICHAEL JACKSON..

"Saya rasa jika Michael memeluk Islam, dia akan bersama kita hari ini dan saya katakan ini atas banyak sebab."

"Mengapa? Kerana apabila anda 100% membersihkan minda seperti mengenali siapa diri anda, dan siapa disekeliling anda, apa tujuan hidup anda, keadaan anda akan berubah menjadi lebih baik untuk anda. Anda terasa seperti ada satu kekuatan."

"Tuhan sangat berkuasa. Dia (Micheal) membaca buku tentang Islam. Dia banyak membaca buku yang saya belikan di Arab Saudi dan Bahrain.."

Terfikir di sudut hati ini:

-Syukur alhamdulillah..kerana diberi nikmat iman dan islam..

-Cuba mencari kekuatan dengan mengenal Tuhan (Allah SWT).

-Kita adalah apa yang kita baca...maka, banyakan membaca!!

-Teringin nak pi tanah arab terutamanya untuk menunaikan haji dan umrah..semoga dipermudahkan..

-Islam sekadar nama atau islam sebagai cara hidup??renung2kan..=)

Friday, July 16, 2010

Amanah Seorang Pemimpin..


Ketahuilah bahwa kalian semua adalah pemimpin, dan kalian akan ditanya tentang kepemimpinan kalian.

Pemimpin di antara manusia dia akan ditanya tentang kepemimpinannya.

Laki-laki adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan ditanya tentang kepemimpinannya.

Istri adalah pemimpin dalam rumah tangga serta anak-anak suaminya dan dia akan ditanya tentang mereka.

Pembantu adalah pemimpin dari harta tuannya dan dia akan ditanya tentangnya.

Ketahuilah bahwa kamu sekalian adalah pemimpin dan kalian akan ditanya tentang tentang kepemimpinannya”
(HSR Bukhari)

Saturday, July 10, 2010

nice quote~

















"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama.


Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, keranaku serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi"
Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch