Tuesday, March 10, 2009

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


(Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz -Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW


Ø Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim


Ø Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)


Ø Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Ø Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Ø Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf

Ø Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ø Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ø Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Ø Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ø Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

Ø Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..

USIA 8 TAHUN
Ø Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Ø Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Ø Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Ø Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Ø Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Ø Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Ø Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Ø Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Ø Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu..

Ø Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Ø Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.

Ø Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

Ø Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Ø Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Ø Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Ø Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Ø Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Ø Khadijah Binti Khuwailid

Ø Saudah Binti Zam ' ah

Ø Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

Ø Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)

Ø Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

Ø Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

Ø Zainab Binti Jahsy

Ø Maimunah Binti Harith

Ø Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

Ø Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Ø Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch