Thursday, March 12, 2009

BULi??! pernahkah anda terlibat??Apa penyelesaiannya??

Sejak kebelakngan ini kecoh di dada-dada akhbar membincangkan isu gangsterisme dan buli..teringat masa saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar ulu yam...erm..dah nama senior-junior~ mana sekepala~ lagi2 wujudnya isltilah pioneer sewaktu awal pembukaannya....eee kenangan silam..allayarham cikgu thani...dan anak-anak muridnya..itu kisah sekolah saya..tapi..

Insiden membabitkan sekumpulan pelajar di Dalat, Sarawak membelasah seorang pelajar junior benar-benar menaikkan darah sesiapa sahaja yang menonton klip video kejadian yang tersebar dalam YouTube i...Susulan itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mengesyorkan agar konsep senior-junior yang menjadi budaya di asrama perlu dihapuskan. Persoalannya, apa alternatif penyelesaiannya??

Saya petik dari utusan online..apa kata pembentukan sahsiah pelajar dan kawalan disiplin dipupuk melalui program usrah yang menekankan kepada kesedaran dan kefahaman agama. Dalam hal ini, usrah boleh dijadikan sebagai satu pendekatan holistik untuk menangani masalah disiplin pelajar terutama kes buli.


Ketika belajar di SHAMS dahulu, penulis tidak mengenal istilah senior atau junior sebaliknya didedahkan tentang usrah yang membawa maksud keluarga.

Ini bermakna semua pelajar baru dianggap satu keluarga. Ketua usrah (naqib) bertindak memainkan peranan sebagai pengganti ibu bapa. Naqib adalah istilah yang diambil daripada sirah Rasulullah SAW yang melantik para nuqaba dari kalangan para sahabat bagi mengembangkan Islam di luar kota Mekah al-Mukaramah pada peringkat awal fasa dakwah.

Menariknya ketika di SHAMS, aktiviti usrah sebenarnya timbul daripada inisiatif pelajar sendiri iaitu mewujudkan halaqah atau perbincangan kumpulan yang menumpukan kepada asas-asas kefahaman agama.

Di asrama, nuqaba yang dipilih adalah di kalangan pelajar yang paling dihormati dan mempunyai sahsiah mulia.

Mereka berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar lain manakala ustaz-ustaz menjadi mas'ul atau penyelia bagi memastikan perjalanan usrah menetapi modul.

Pengisiannya ke arah membentuk sahabat pelajar (ikhwan) yang dibentuk melalui ikatan persaudaraan yang tinggi.

Usrah biasanya diadakan pada malam hujung minggu. Ia mengandungi pengisian seperti tadabbur al-Quran dan Hadis, sirah Rasulullah SAW, kajian buku, pembacaan wirid al-Ma'thurat dan penyelesaian masalah.


Ia berasaskan kepada tiga rukun utama iaitu ta'aruf iaitu pelajar berkenalan termasuk mengenai latar belakang keluarga dengan membentuk perasaan kasih sayang dan menghayati hakikat persaudaraan (ukhuwah).

Keduanya, tafahum, iaitu membentuk persefahaman dengan mengutamakan amalan nasihat menasihat di atas kebenaran dan kesabaran.

Ketiganya, takaful (perseimbangan) iaitu anggota usrah dan ikhwan dipupuk agar sentiasa membantu memikul beban sahabatnya dan ia menjadi tunjang kepada persahabatan. (Rujuk risalah Usrah dan Dakwah oleh al-Imam Hassan Al-Banna)

Berasaskan tiga perkara itu, nilai-nilai yang dibentuk dalam usrah diterjemahkan dalam kehidupan di asrama.

Peranan yang dimainkan oleh nuqaba banyak membantu warden menguruskan pelbagai aktiviti di asrama selain memastikan peraturan asrama dipatuhi.


Pada pandangan peribadi saya, yang pernah berpengalaman dalam menyertai usrah ini..banyak kebaikan yang saya dapati selain daripada ingat mengingati antara satu sama lain, amar makruf nahi mungkar..kita dapat berkongsi banyak perkara terutamanya berkaitan ilmu fardu ain yang selalunya dapat stakat darjah 6 sekolah agama..


di peringkat kampus IPTA..alhamdulillah..usrah ini mampu diteruskan..semoga rantai perjuangan Rasulullah SAW dapat diteruskan selagi hayat dikandung badan..amin..


JOM JOIn USRAH!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch