Salam sejahtera ke atas kamu semua..
Besar tak kasut merah tu??? penting ke pakai kasut?? kasut tu mahal x?? nak pilih kasut warna ape ye? tumit tinggi ke rendah? nak yang diperbuat dari bahan ape? untuk function ape? kalau jalan selesa x? nak kna ade riben ke?
Huhu..banyak jugak persoalan dalam pemilihan kasut nie ek? ade x org tanya, kna pakai kasut ke?? perlu ke pakai kasut??
Kasut ni letaknya di kaki...nampak je rendah..tapi, tanpa kasut...kaki bole berdarah...tumit pecah..kematu...eeuuh....bernanah...berkurap..silap2 kalau pesakit kencing manis..bole kna potong kaki kalau luka x pakai kasut...
Actually sy baru shj dlm minggu lepas mengunjungi Festival Kasut Antarabangsa,,,di PWTC..
Cadangannya nak beli kasut untuk formal function memandangkan stakat ni xde lagi yang seswai..
Bukannya x bole pi kedai kasut dan pilih mana yang berkenan..tapi..biasalah..time2 ni la ade macam2 diskaun yang ditawarkan..faktor harga memainkan peranan...x kisah la kena bersesak2 dgn org ramai..yang penting puas ati...
Kasut di atas ni adalah yang ditempah khas mengikut citarasa pemakai..rekaan Jimmy Choo..pereka kasut terkenal..harga pun..meletop! RM1000 ke atas....
Persoalannya nya???
Perlu ke??? tepuk dada tanya iman..dan kemampuan..tapi kalau mampu pun bg saya..lebih baik kte agih kepada yang memerlukan..tapi kalau terlebih mampu dan perlu...apa salahnya..yang pasti pemilihan kasut mestilah mengikut panduan yang telah disyariatkan oleh islam..
Ade syarat jugak ke??
ade..
1) Jgnlah pakai yang tumit yang berbunyi...atau ade loceng..yang bole menarik perhatian bukan muhrim..
2) Pakailah kasut yang tidak memudaratkan kesihatan badan..sbb, tumit tinggi mengikut kajian, bole merosakkan lutut...tapi elok untuk posture tulang belakang..kata Dr.Yong..huhu..(Orthopedic mak saya...)
3) Beli kasut bukan untuk bermegah-megah...atau nak menunjuk2....
4) Asalkan..selesa, seswai...x membazir...dan menang membeli, menang memakai...
Hadith:
DARI Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."
Riwayat al-Bukhari
Huraian Hadith:
Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi.
Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain.
Walau sekecil manapun sesuatu itu, terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia.
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
sekian sahaja perkongsian dari meja editor...jangan pakai kaki ayam tau~
No comments:
Post a Comment