Sunday, April 17, 2011

Pesona Gadis Muslimah by Dara.com

Anak2 karangkraf...


Hadiah dan baucer yg saya terima...best sgt!! thanks to the sponsor...


Aura warna mengikut hari


Poster Bengkel Pesona Muslimah



Salam mahabbah semua..

last weekend..sy n my bff ana, telah menyertai Bengkel Pesona Muslimah yg dianjurkan oleh team Dara.com dan Anizon collection..


Knapa sy mengikuti bengkel kecantikan ni??

1)sbb bff saya blanja..hehe thankz azahana..muah2

2)sbb nak blaja ilmu kecantikan...x salah kan?? sbb...Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya. Biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam. Dipetik dari ILUVISLAM

3)tambahkan rakan sosial

4)mengisi masa lapang

Saya sgt tertarik dgn slot yang diisi oleh kak zie dari Terapidiri.com yang banyak memberi ilmu tentang kecantikan dalaman dan luaran..berdasarkan personaliti diri mengikut terapi warna...

Terbahagi kepada 4 warna:

1)putih
2)pink
3)hijau
4)biru


Putih: selalunya ulama,pemimpin negara dan orang yg ada di pusat serenti adalah dalam personaliti warna ini. Maksudnya, yang baik...terlalu baik..dan sebaliknya..

Pink:selalunya artis,atau yang sukakan kecantikan diri tergolong dalam warna ini.

Hijau: orang yang suka bercakap/komunikasi adalah kegemaran dan kelebihannya

Biru :orang yang pendiam dan suka menyimpan/memendam

Setiap individu dilahirkan berbeza dan dilahirkan ke dunia adalah untuk mengenal dan melengkapi antara satu sama lain dan mengagungkan kebesaran dan keunikan ciptaan Allah swt..Yang Maha Pencipta..


Jadi, bila kita mengenali seseorang,,,analisa diri individu itu dan kenali warna diri di Terapidiri.com dan perlu luangkan sedikit masa untuk bertaaruf(meluahkan kesukaan/kegemaran dan kebencian sesorang) agar hubungan antara individu itu lebih bahagia setelah saling memahami kehendak masing2...kata kak zie..

Kak zie juga berkongsi tentang personaliti anak kedua/2nd child sindrom..

Anak kedua ni..manja orangnya...sangat memerlukan belaian kasih-sayang..dia akan jadi samaada org yang terlalu baik atau yg terlalu bermasalah..dia seorang yg unik dan lain dari yang lain...mudah berimaginasi dan bahaya jika ada masalah dlm perhubungan. Cara untuk menegur anak kedua adalah dengan cara berlembut sahaja..Jadi jika ada adik /kakak/abang yg anak kedua ni ada masalah...senang sahaja....berikan perhatian dan kasih sayang yang lebih sikit padanya...insyaAllah baik..

Siapa anak ke dua angkat tangan!! huhu

Seterusnya,tips penjagaan kulit wajah...yang mengalami masalah resdung..dan juga pemilihan warna pakaian mengikut hari....seperti gambar pertama di atas...digalakkan untuk memakai pakaian mengikut warna hari...agar aura hari seiring..x reti nak terangkan...kalau nak tahu dgn lebih lanjut..bole jupe kak zie..=)

Bergaya bersama Anizon..

Bermake up bersama MAC

Bergaya muslimah dgn pakaian Calosa Busana Muslim

Terima Kasih Dara.com kerana menganjurkan bengkel kecantikan ini..dan terma kasih kepada Nor Azahana Abdullah juga...kerana sponsor..jasamu amat dihargai..

Kesimpulan: Beauty is in the eyes of the beholder...dan semuanya telah dilahirkan cantik dan sempurna..Alhamdulillah..











No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.

Imaging Diagnostic & Radiotherapy on the blocks.
memory remains~keep in touch